Thursday, May 23, 2013

SABAH AKU DATANG (PART 2)

1st Day (8 May 2013)

 Kami menaiki flite from LCCT at 1115am.
Opps, sebelum itu aku mahu cerita macam mana kami pergi ke LCCT. From Terengganu aku menaiki tayar lapan bas Mutiara ke Putrajaya dalam pukul 1030pm bersama 3 sekawan. 

I know it, kamu mahu tanya 
why kami tak naik flite jew pagi 8/5/2013 tu kan?..

Okeh, I answer you.. 
Firstly, selepas berdiskusi, memandangkan first trip bersama, kami pilih bas. 

Because..
Walaupun lama perjalanan, tetapi waktu tiba di LCCT lebih awal, 
(pagi-pagi sudah terpacak di Stesen Putrajaya)
Tidak terkejar-kejar ketika di LLCT untuk penyimpanan luggage,
Boleh santai-satai sambil makan-makan porridge McD..nyummy nyummy..

**bas ambik malam if flite kena ambik pagi

Perjalanan flite dari KL to KK mengambil masa 2 jam 30 minit. Pada pukul 0145pm kami tiba di airport KK. 
Ya Allah, rasanya sangat terharu dan mengujakan.

Why I said that?

Rasanya kamu semua tahu pasal Lahad Datu kan? Kami hampir give up and hampir cancel vacation ke KK. Although KK dengan Lahad Datu jauh about 6 hours (google map) tapi kami amat takut memandangkan tetiba negeri yang kami nak tuju berlaku pencerobohan.

Tetapi...
Alhamdullilah, 
thanks and amat bersyukur akhirnya before pilihanraya, pencerobohan di Lahad Datu dapat ditangani.
Thanks to pasukan PDRM and ATM. 
Jasa kalian akan kami kenang. 

Note:
AIRPORT KK
Diwajibkan mendaftarkan diri di kaunter imegresen bagi pengunjung ke Sabah. (Macam pendatang asing pulak..)
Selepas daftar, simpan slip pendaftaran elok-elok seperti simpan IC. Slip ini valid 3 bulan sahaja. Maknanya hanya 3 bulan sahaja kita boleh stay di Sabah. Boleh kalau mahu stay lama, tapi haruslah sentiasa update imegresen card.  

....

Selama di sana kami menyewa kereta. Self drive yer, hebat kan?
 Please say great and give us thumbs up?
Kami berlima and all of us, girls. Hehe..

 Selepas dapat kereta sewa lebih kurang pukul 0300pm kami terus menuju ke bandar KK. Tempat pertama kami tuju adalah Pasar Kraftangan. Plus minus 1 hour lebih-lebih jugak kami waste time dekat airport. Burn suda 1 tempat visit, Double Six Monument. Hurm...


Double Six Monument di Sembulan, KK - Ruginyer...Tak dapat peluang abadikan picture 'senget-senget badan' depan-depan monument. Cantik tu!!

Tip Sewa Kereta

1) Owner Kereta - Bertanya pada kawan-kawan yang dah berkunjung ke KK ataupun view blog-blog yang pernah ke KK. 
Ada sesetengah blog siap promote telefon en. kereta lagi (normally en. kereta yang baik-baik la).
Kalau dapat yang baik dan bila kita pulang kereta minyak ada lagi dalam tiga bar and apabila dipulangkan kereta awal dari waktu sebenar, en. kereta bagi diskaun lagi atas sewaan,itu adalah satu bonus.

2) Remind - Call or message en. kerete  sebelum memulakan percutian. Seelok-eloknya 2-3 hari sebelum percutian dan maklumkan semula date kereta hendak digunakan, dimana dan pukul berapa. Dengan ini pembaziran masa dapat dielakkan.

p/s: Jangan jadi macam kami, menunggu kereta sewa hampir 1 jam lebih di airport. Bila ditanya kenapa lambat, en. kereta jawab telefon dia hilang (kurang tanggungjawab bukan) Haishh. Gelegak mendidih juga la kami masa tu, ditambah pulak kereta yang disewakan minyaknya kelip-kelip, mahu disi.
See..  

Kereta Sewa Saga Flx Auto RM400.00/4 days 
Minyak Kereta**           RM160.00/4 days
                          RM560.00/5 orang = RM112.00/head

** Cost minyak kereta keseluruhan. Berbaki 3 bar semasa kami memulangkan kereta kepada en. kereta. (Agak baik hatikan kami, kiki)

Kk -> Kundasang -> Ranau -> KK


Pasar Kraftangan (Bandar KK)

 Pasar Filipina beroperasi bermula pukul 0730am hingga 0730pm. Tapi menurut penjual di situ ada sesetengah kedai masih beroperasi hingga 8-10pm.


Pandangan hadapan


Antara barangan kraftangan dan souvenier yang di jual di Pasar Kraftangan
Bling, bling... Rambang mata dek pukauan mutiara Sabah. Cantik-cantik belaka semuanya. Mutiara sabah yang terkenal di Pasar ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Mutiara Air Tawar dan Air Masin. Menurut penjual, mutiara Air Masin agak MAHAL

 

Tips membeli-belah

1) Usha Harga - Masa berjalan-jalan dari kedai-kedai sila jangan berat mulut bertanyakan barang berkenan dihati. Jangan main beli terus. Yup, maybe sesetengah orang jenis penyegan, but value of money harus dijaga taw..

2)Penjual - Pilih penjual yang mesra pelanggang dan harga barangan yang ditawarkan berpatutan.

...


Anjung Senja Waterfront(Bandar KK)

Di tengah-tengah bandar KK terdapat food court 'Anjung Senja'. Terdapat banyak pilihan gerai makan antara makanan yang menarik perhatian kawan saya adalah pisang cheese dan cheesnya terdapat dalam beberapa perisa seperti coklat, strawberry dan lain-lain. Harganya berpatutan RM1.00/5 pieces.

Nyummy nyummy... Sowi picture pisang cheese tak sempat ambil

Promenade Service Apartment (Bandar KK)

Kami check-in di Promenade Service Apartment  kira-kira pukul 0530pm selama 2 hari. Lokasinya amat strategik di tengah-tengah bandar bangunan berwarna hijau bersebelah Apartment Api-Api. Kami menempah room type Family Suite melalui booking.com. Biliknya besar dan dilengkapi peti ais, kettle dan beberapa kemudahan yang lain.

Tip: Sebelum booking, check and tanya apa facilities yang disediakan contoh iron.
(Sangat penting bagi kaum hawa)

Cost Promenade Apartment Service RM348.00/2 days
                                 RM348.00/5 orang = RM69.60/head


Pasar Filipina


Usai solat Jamak Qasar Takdim Maghrib and Isya', kami tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pasar Filipina iaitu pasar yang terkenal dengan makanan seafood. Memang pelbagai makanan disediakan dan terdapat banyak pilihan makanan dan kedai. Pilihlah kedai yang menarik pada pandangan mata kamu dan masa memilih seafood, pilih yang belum dimasak/dibakar. Dari segi harganya pada pandangan saya adalah standard biasa.

Kami memilih 1 ekor sotong (RM20.00/ekor), 1 ekor ikan dan 12 ekor udang bakar bersaiz kecil  berjumlah RM92.00 (RM18.40/head).

Delicious....

To Be Continued....


No comments :